×
×

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENGALAMI SENSASI KEMPEN JOY DRIVER DACSEE?

Menjelang tahun 2020, kita masih jauh lagi daripada penciptaan kereta terbang dan papan terbang seperti mana yang digambarkan dalam filem. Namun, teknologi serba canggih serta bangunan pencakar langit bukan lagi sebuah mitos dan kian mudah dilihat di sekitar

pelosok bandar yang serba moden. Kini semuanya telah direvolusasi untuk kesenangan dan keselesaan menghampiri era digitalisasi, dan melalui inovasi untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Dacsee sebagai contoh, ia bukannya sekadar perjalanan kereta yang biasa, ia merupakan sebuah aplikasi inovatif yang menggabungkan perjalanan harian dengan gaya hidup dan interaksi manusia untuk merealisasikan pengalaman pengguna yang terbaik. Berikut adalah ciri-ciri yang membezakannya daripada pesaing-pesaingnya yang lain:

  1. Pengguna boleh menempah pemandu secara awal pada tarikh dan masa tertentu.
  2. Pengguna boleh memilih pemandu yang digemari dan membuat penempahan berulang untuk perjalanan seterusnya.
  3. Pengguna boleh berhubung dan bersosial dengan kumpulan komuniti yang mempunyai minat dan hobi yang sama.

Selain daripada ciri-ciri menarik yang tertera di atas, Dacsee telah memperkenalkan sebuah lagi kempen baru-baru ini: Kempen Joy Driver. Kempen Joy Driver ini membenarkan pengguna untuk merasai Perjalanan yang Penuh dengan Pengalaman bersama kejutan menarik dari panel peniaga Dacsee dari semasa ke semasa.

 

Aiskrim Percuma untuk Kegembiraan Semua!

Rakyat Malaysia cukup gemar akan aiskrim yang menjafi pencuci mulut popular tidak kira peringkat usia. Sebagai inisiatif untuk pelancaran Kempen Joy Driver, Dacsee telah melancarkan konsep unik Kereta Aiskrim eksklusif yang boleh ditempah oleh para penumpang yang berada di dalam lingkungan kawasan mereka. Bukan itu sahaja, kami juga menghadiahkan aiskrim secara percuma kepada penumpang!

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menaiki kembara unik ini, Dacsee juga menyediakan Van Volkswagen Kombi sewaktu kempen ini berlangsung dan mereka yang berjaya menjumpainya juga telah diberi aiskrim percuma!

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Dacsee melihat kempen ini sebagai peluang keemasan untuk menghargai dan memberi ganjaran kepada para pengguna Dacseeatas sokongan mereka selama ini. “Tujuan utama pelancaran kempen ini adalah untuk mempromosi dan memperkenal Kempen Joy Driver kepada orang ramai. Kami ingin memberi sesuatu kembali kepada pengguna kami sebagai penghargaan dan tanda terima kasih dari kami dengan membuat mereka berasa gembira,” ulas Lim.

Kembara Kempen Joy Driver: Edisi Aiskrim bermula dari 30 April hingga 3 Mei 2019 di Lembah Klang, dan penjelahan tersebut bersambung di Pulau Pinang dari 3 Mei dan berakhir pada 5 Mei.

 

Apakah Keistimewaan Pemandu Joy?

Setiap Pemandu Joy telah dipilih secara teliti untuk menjalani latihan yang bersesuaian dengan suatu kempen. Mereka bukan sahaja menghantar anda ke destinasi anda dengan selamat, malah memberi anda sampel produk dan perkhidmatan daripada jenama-jenama yang bekerjasama dengan kami dalam suatu kempen. Ciri ini berfungsi untuk berkongsi kegembiraan dan memberi pengalaman revolusi kepada pengguna untuk menikmati perjalanan mereka sepenuhnya.

Kami tahu anda semakin teruja untuk ciri terbaru Pemandu Joy ini, bukan? Untuk pengetahuan anda, Joy Drivers hanya boleh didapati sekiranya pemandu tersebut berada di dalam lingkungan 3km daripada penumpang tersebut, dan ikon mereka akan muncul di skrin aplikasi pengguna.

Jangan lupa ikuti kami untuk berita dan promosi terkini!

 

Laman web: https://dacsee.com/#/

Instagram: https://www.instagram.com/dacsee_official/

Facebook:  https://www.facebook.com/dacsee.official/