×
×

Dacsee Menawarkan Promo Perjalanan dalam Kolaborasi Bersama MATTA Fair

Ia merupakan hari yang bermakna buat kaki jelajah dan pengembara serata dunia, kerana telah tiba masanya untuk mereka mengibarkan sayap dan mula melancong ke destinasi pilihan dengan usahasama Dacsee dan MATTA!

 

MATTA Fair telah kembali sekali lagi dengan membawakan penggemar kembara pelbagai tawaran hebat dalam merealisasikan impian mereka untuk menerokai seantero benua!

 

Perkara yang paling digemar masyarakat berkenaan pelancongan adalah harga kasih sayang! Bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada 6 – 8 September 2019, MATTA Fair telah mengaturkan pelbagai pakej pelancongan dengan promosi terbaik yang merangkumi pakej penerbangan, kediaman, pelayaran dan segala perkhidmatan pelancongan yang lain untuk pilihan para pelancong.

 

Sempena kerjasama bersama MATTA baru-baru ini, Dacsee telah menyediakan perkhidmatan perjalanan ke MATTA Fair dengan harga promosi khas untuk para pelawat yang ingin menjelajah dunia!

 

Pelawat-pelawat MATTA Fair menikmati diskaun sebanyak RM4 dengan penggunaan kod promo “MATTA”. Antara lokasi terpilih untuk pengaplikasian kod promo ini adalah PWTC, LRT PWTC, LRT Masjid Jamek, LRT Sultan Ismail, LRT Bandaraya dan LRT Titiwangsa.

 

Dacsee percaya bahawa kami telah memainkan peranan penting untuk mendekatkan para pengembara dalam misi mereka untuk merealisasikan penjelajahan dunia!

 

 

Sila layari laman web rasmi untuk info lanjut: www.mattafair.org.my

 

Ikuti kami untuk perkembangan semasa dan promosi terkini!

 

 

Laman web: https://dacsee.com/#/

Instagram: https://www.instagram.com/dacsee_official/

Facebook: https://www.facebook.com/dacsee.official/